Jika anda seorang yang gemar ‘update’ OOTD di Instagram, pasti mengetahui lokasi-lokasi ‘instagram-able’ yang cantik dan menarik.
Jika anda berada di Lembah Klang dan kawasan sekitar, ini adalah beberapa lokasi menarik yang boleh dikunjungi!
1. Padihijau Homestay
Berlokasi di Sungai Besar, Selangor, rumah inap ini mempunyai pemandangan yang cukup menarik dan dikelilingi sawah padi.
Jauh dari kesibukan kota, kawasan ini mempunyai konsep hijau dan indah selain mendamaikan jiwa.
Anda juga boleh menginap di sini sambil menikmati keindahan alam semulajadi.
2. Laman Seni 7
Tapak Laman Seni 7 ini merupakan tempat pengumpulan karya seni jalanan yang menarik dan sangat sesuai untuk anda merakam foto.
Antara karya seni yang berada di sini adalah seperti lukisan 3D, pemasangan 3D, perabot jalanan dan lukisan sisi dinding.
Ianya dibuka setiap hari dan masuk adlaah percuma!
3. Spacerubix
Tempat yang sangat menarik untuk ber-OOTD, Spacerubix yang berlokasi di Puchong ini dihiasi dengan susunan rubik yang menarik selain unik dan kreatif.
4. Kampung Pelangi
Sesuai dengan namanya yang menggambarkan keseluruhan kawasan termasuk rumah serta jalan yang dicat dengan warna terang.
Selain boleh menginap di chalet yang terdapat di sini, kawasan ini juga mempunyai zoo kecil serta aktiviti memancing dan juga memanah.
Kampung Pelangi ini terletak di Jeram, daerah Kuala Selangor.
5. Bonda Valley
Kini anda tidak lagi perlu mengembara ke luar negara seperti Bali hanya untuk mendapatkan gambar yang cantik dan menarik.
Juga menawarkan perkhidmatan inap, lokasinya juga sangat besar dan menakjubkan.
Mempunyai arca dan seni bina yang cantik, Bonda Valley juga sangat indah dengan ciri-ciri keindahan semula jadinya yang tersendiri.
Selamat Ber-OOTD!
The post Suka OOTD? Ini Lokasi Menarik ‘Instagram-able’ Di Lembah Klang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments