#Hiburan: “Semata Nak Duit Je!” – Gadis Tuduh Budak Melayu Beraya Rumah Jiran Tak Ikhlas, Netizen ‘Panas’ Hati

Menjelangnya Hari Raya Aidilfitri minggu lalu sememangnya mendatangkan perasaan teruja serta gembira buat umat Islam. Lagi-lagi setelah sekian lama tidak dapat menyambut perayaan tersebut secara normal selama 2 tahun.

Antara perkara yang boleh dilakukan semula pada perayaan kali ini adalah seperti mengunjungi rumah sanak saudara tanpa had, pulang ke kampung halaman dan lain-lain.

Advertisement

Tidak lupa juga, kanak-kanak juga boleh melakukan aktiviti mengunjung rumah ke rumah untuk mendapatkan duit raya seperti dilakukan sebelum adanya pandemik.

Bagaimanapun, hal berkenaan tidak diterima baik oleh seorang gadis yang merasakan kanak-kanak beraya rumah ke rumah untuk mendapatkan duit raya itu tidak sepatutnya dilakukan.

Advertisement

Dia berpendapat kanak-kanak yang melakukan itu tidak ikhlas untuk mengunjungi rumah-rumah yang dikunjungi dan hanya mahukan duit daripada orang-orang tua sahaja.

gadis tak suka kanak-kanak beraya minta duit

Meninjau di ruangan komen, rata-rata sememangnya tidak bersetuju dengan pendapat gadis tersebut yang melabelkan budaya kanak-kanak meminta duit ini toxic. Sebaliknya ia merupakan cara untuk kanak-kanak berkenaan mengenali jiran tetangga.

Dalam pada masa yang sama, ada juga menasihati gadis itu memahami budaya orang Melayu menyambut perayaan Aidilfitri dan tidak membandingkan dengan perayaan lain.

kamalodge hotel taiping
2 jam lalu

(VIDEO) ‘Customer’ Dilayan Dengan Buruk, Netizen Kecam Pemilik Hotel Dan Staff Bersikap Kurang Ajar

The post “Semata Nak Duit Je!” – Gadis Tuduh Budak Melayu Beraya Rumah Jiran Tak Ikhlas, Netizen ‘Panas’ Hati first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments