#Hiburan: “Mak Bapak Yang Bising..” – Kecewa Anak Dapat Duit Raya RM3, Netizen Kecam ‘Parents’ Tak Reti Bersyukur

Budaya memberi wang ringgit kepada kanak-kanak ketika tibanya hari raya Aidilfitri sudah menjadi satu kemestian buat kita.

Bukanlah satu kewajipan, setiap pemberian itu dikira sebagai sedekah dan amal jariah selain memeriahkan perayaan yang disambut setahun sekali itu.

Advertisement

Namun, satu perkongsian daripada pengguna media sosial Twitter ini mengundang kritikan netizen apabila ada ibu bapa di luar sana yang meluahkan rasa kecewa kerana anak-anak mereka hanya menerima duit raya sekitar RM1-RM3.

Saya pergi la beraya rumah saudara-mara kelmarin, bawa anak-anak saya sekali. Bila nak balik, saudara mara bagi la duit raya kepada anak-anak saya.

Tiga ringgit je. Ada lagi zaman sekarang bagi tiga ringgit. Macam zaman 90-an. Orang cakap orang kita ni kaya raya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa pelik dan hairan dengan sikap ibu bapa yang melebih-lebih dan tidak bersyukur di atas pemberian orang kepada anak-anak mereka.

komen twitterSumber : Twitter  

Dah dapat tu kau bersyukur je lah, zaman post pandemic ni dengan keadaan ekonomi seakrang orang dah bagi tu kira bagus la.- netizen

Dalam pada itu, ada yang berpendapat bahawa sambutan hari raya Aidilfitri bukanlah waktu di mana anak-anak masing mengutip ‘cukai’ dan wang ringgit sebaliknya perlu diisi dengan aktiviti ziarah-menziarahi saudara jauh dan dekat.

luahan skandal suami orang
16 jam lalu

(VIDEO) "Seram Baca Komen.." - Netizen 'Naik Hantu' Baca Luahan Skandal Suami Orang Di TikTok

The post “Mak Bapak Yang Bising..” – Kecewa Anak Dapat Duit Raya RM3, Netizen Kecam ‘Parents’ Tak Reti Bersyukur first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments