#Hiburan: Ceritakan Perjalanan Masalah Kulit Dengan Cetaphil & Berpeluang Menjadi Duta Produk Cetaphil

Memiliki kulit yang halus, mulus serta sihat merupakan idaman setiap manusia sebab ia dapat meningkatkan keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. 

Haa, anda yang tengah baca ni, pernah tak mengalami masalah kulit dan telah cuba menggunakan pelbagai jenis produk kesihatan untuk merawat masalah yang dialami?

Advertisement

Sempena dengan bulan kesedaran kulit ni, Cetaphil ingin mengajak anda untuk menceritakan perjalanan bagaimana anda dapat mengatasi masalah kulit sebagai sumber inspirasi serta semangat kepada mereka di luar sana. 

 

Cetaphil Didik Masyarakat Kepentingan Kesihatan Kulit

Cetaphil

Sempena bulan kesihatan kulit, Cetaphil melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan masyarakat yang mengalami masalah kulit mampu untuk melakukan perubahan ke arah yang positif. 

Advertisement

Untuk pengetahuan, sepanjang bulan ini, Cetaphil ingin mendidik masyarakat dengan memberi informasi penting tentang 5 tanda kulit sensitif seperti kekeringan, iritasi, kekasaran, ketegangan serta pelindungan kulit  lemah. 

Selain itu, Cetaphil juga akan memberikan tips penjagaan kulit yang betul supaya masyarakat dapat mempraktikkan cara yang tepat supaya mendapat kulit yang lebih sihat. 

Tak dilupakan juga, Cetaphil akan membantu anda yang mengalami masalah kulit untuk mendapatkan nasihat penjagaan kulit yang betul daripada pakar kulit yang bertauliah tau. Wow!

Haa, anda yang masih berusaha untuk mendapatkan kulit yang sihat tu, apa kata sertai kempen Cetaphil ni sekarang!

 

Pencarian Duta Kulit Sihat Untuk Semua Cetaphil

Duta Cetaphil

Dalam membantu memberikan inspirasi dan semangat buat mereka yang menghadapi masalah kulit, Cetaphil sedang mencari sehingga 10 orang calon untuk dijadikan sebagai duta Kulit Sihat Untuk Semua sebagai wajah dan suara untuk Cetaphil 2022. 

Mereka yang terpilih menjadi duta Kulit Sihat Untuk Semua berpeluang untuk memenangi hadiah seperti kredit e-dompet Touch ‘n Go bernilai RM2,000, bekalan rangkaian produk Cetaphil selama 1 tahun dan berpeluang membuat penampilan khas di media sosial Cetaphil. Wow, menarik!

Advertisement

Cara untuk sertai pun sangat mudah, hanya perlu ikut langkah ini:

Langkah 1– Beli produk Cetaphil dari kedai runcit rasmi dan stor rasmi atas talian. Tiada perbelanjaan minimum.

Langkah 2– Kongsi kisah kulit anda dengan produk Cetaphil di Instagram atau Facebook menggunakan gambar atau video.

Langkah 3– Bersama #KulitSihatUntukSemua, tag Cetaphil Malaysia dan 3 rakan anda di post.

Haa, senang je kan? Jadi, tunggu apa lagi, jom sertai kempen Kulit Sihat Untuk Semua daripada Cetaphil sekarang!

Untuk maklumat lanjut tentang Bulan Kesedaran Kesihatan Kulit Cetaphil serta pencarian duta Kulit Sihat Untuk Semua, layari laman web rasmi Cetaphil atau ikuti media sosial Facebook dan Instagram

The post Ceritakan Perjalanan Masalah Kulit Dengan Cetaphil & Berpeluang Menjadi Duta Produk Cetaphil first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments