Vokalis kumpulan Search, Amy memaklumkan bahawa dia bukan lagi ahli kumpulan tersebut pada awal tahun 2020 berikutan masalah disiplin dalam kalangan ahli muzik terkenal itu.
Berikutan itu, pemain gitar kumpulan Search, Kid dan Din mengakui kecewa dengan tindakan Amy yang menjadikan masalah tersebut sebagai punca pengunduran dirinya.
Namun begitu, Kid atau nama sebenarnya Hamzah Mohd Taib enggan mengulas lanjut tentang hal berkenaan memandangan ia bersifat peribadi dan ia sepatutunya diselesaikan sesama mereka sendiri.
Kalau boleh, saya tidak mahu sebut sangat tentang hal ini. Rasanya lebih sesuai jika kami berhubung sesama sendiri dan berbincang. Hal ini soal dalaman, nanti kalau berbalas ia akan berpanjangan.
Kid berkata demikian sebagai respon kepada pendedahan Amy yang mendakwa punca pengundurannya daripada Search adalah sikap tidak profesional Kid dan Din.
Seperti yang dimaklumkan Amy, Kid dan Din sering tidak hadir pada sesi latihan dan promosi album dan Din juga tidak menghabiskan bahagiannya ketika rakaman almbu Katharsis yang diterbitkan pada 2017.
Mereka (Amy) jangan buat cerita lain. Sebab itu saya tak komen apa-apa kerana tidak mahu bergaduh. Kalau buat kenyataan, memang tidak akan habis.
Saya tidak suka personal attack, you come and see me. Kita family, ada problem kita bincang.
Kid juga turut memberi rekasi terhadap kemahuan Amy untuk menggunakan nama Search pada kumpulan baharu yang ditubuhkan hasil anggota asal iaitu Nasir Daud, Hillary Ang dan Man Kidal.
“Siapa yang buat pengunduran? Saya rasa pertanyaan saya itu sudah menjawab persoalan. Dia dah keluar, jadi sesuai atau tidak dia gunakan nama tersebut jika sudah berundur?” kata Kid.
Perkembangan lain, Search telah mengumumkan kedatangan vokalis baharu kumpulan Search iaitu Denden Gonjales dari Indonesia.
The post Masalah Disiplin Punca Amy Search Undur Diri? Ini Jawapan Balas Kid & Din first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments