#Hiburan: “Ini Takdir Keluarga Saya..” – Luahan Hati Bapa Mangsa Kemalangan Hilang Satu Keluarga

Cukup menyayat hati apabila seorang insan bergelar suami dan bapa kehilangan isteri tercinta bersama 3 orang anaknya dalam sebuah tragedi kemalangan jalan raya, baru-baru ini.

Sebuah perkongsian daripada Ustaz Haji Taufik UT telah mencuri perhatian ramai apabila dia ada memuat naik luahan rakannya yang juga mangsa kemalangan tersebut, Ustaz Nazri di laman Facebook.

Advertisement
 

Ustaz Taufik yang turut sebak mengenangkan nasib rakannya itu berkata kemalangan tersebut merupakan ujian paling berat yang perlu dilalui oleh seorang insan yang bergelar ketua keluarga.

Dalam hantaran tersebut, Ustaz Taufik memetik kata-kata sahabatnya itu yang mengundang sebak ramai kerana dia menerima takdir yang tertulis buat dirinya dan enggan menyalahkan sesiapa apatah lagi menghukum orang lain.

 

Advertisement
Kemalangan ngeri 2022Sumber : mStar Online  

 

Saya tak nak hukum siapa betul dan siapa salah, tapi dengan keadaan sekarang yang berlaku, sebagai iktibar untuk orang lain. Siapa betul dan salah, kita serah pada Allah Taala. Ini geroh (takdir) keluarga saya.

Terdahulu, Ustaz Nazri yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Aring, Gua Musang dalam perjalanan bersama keluarga dan juga abang iparnya untuk ke kenduri kahwin di Kajang, Selangor sebelum dirempuh oleh sebuah kereta jenis Nissan Navara di persimpangan lampu isyarat.

Pemandu kereta jenis 4×4 itu dilaporkan memandu di bawah pengaruh dadah dan turut memiliki tujuh rekod berkaitan dadah dan tiga saman.

kemalangan ngeri
2 hari lalu

Kemalangan Ngeri Di Kampung Lebu, Empat Termasuk Tiga Kanak-Kanak Maut Dalam Nahas

The post “Ini Takdir Keluarga Saya..” – Luahan Hati Bapa Mangsa Kemalangan Hilang Satu Keluarga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments