Senarai 12 lagu finalis Anugerah Juara Lagu 36 telah pun diumumkan pada hujung minggu baru-baru ini. Antara yang mendapat perhatian adalah Naim Daniel dan Haqiem Rusli di mana masing-masing mempertaruhkan 2 lagu di peringkat akhir nanti.
Aksi penyanyi ketika separuh akhir baru-baru ini menjadi bualan ramai netizen di media sosial termasuklah detik ketika Shila Amzah membuat persembahan bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG) menyanyikan lagu duet mereka, Pelukan Angkasa.
Pada minit ke 1:18, Shila dilihat mengeluarkan sesuatu dari mulutnya dan terus mencampak ‘benda’ itu ke belakang pentas sebelum meneruskan nyanyiannya.
Ramai penonton tertanya-tanya apakah yang dikeluarkan oleh penyanyi tersebut ketika sedang membuat persembahan. Menerusi rakaman TikTok dimuat naik seorang pengguna, Shila telah pun mendedahkan bahawa dia sebenarnya membuang gula-gula yang dimakan untuk masalah tekak.
@arifeddy Oohhh baru tahu! #ShilaAmzah #Shila #SFMM36 #MuzikMuzik #AJL #JuaraLagu #tv3 @shilaamzahofficial @tv3malaysia
Kata Shila, manisan itu agak mengganggunya untuk menyanyi meskipun bersaiz kecil saja. Disebabkan itu, dia mengeluarkan untuk berasa lebih selesa. Meskipun dengan gangguan sebegitu, Shila dipuji netizen kerana tetap memberikan persembahan yang memukau.
Baca: “Percayalah, Ini Adalah Jalan Yang Terakhir, Dah Bertahun Sha Cuba” – Shila Amzah
The post Ramai Tertanya-Tanya Apa Shila Amzah Keluarkan Dari Mulut Ketika ‘Live’ SFMM36, Rupanya… first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments