#Hiburan: Aksi Ganas Elizabeth Tan Jadi Perhatian, Netizen Rela Jadi Pokok Pisang

Penyanyi dan juga pelakon Elizabeth Tan, mencuri perhatian netizen apabila video dia memaparkan aksi ‘ganas’ menumbuk sebatang pokok pisang sehingga bersepai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy dilihat memakai singlet hitam dan berseluar jeans pendek menumbuk sebatang pokok pisang bertubi-tubi sehingga hancur.

Advertisement

Lizzy turut sempat menunjuk tangannya yang kemerahan akibat melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada pokok pisang.

Salam dari Ayer Tawar.

Video selebriti berusia 28 tahun itu telah mendapat pelbagai respons daripada pengikutnya dalam Instagram.

Advertisement

Malah, ada juga segelintir pengikutnya dalam Instagram rela ditumbuk Lizzy seperti pokok pisang itu.

“Saya sanggup jadi pokok pisang itu” tulis seorang pengguna Instagram.

“Tumbuk sahaja saya. Saya rela jadi pokok pisang itu” tulis lagi seorang pengikut.

Elizabeth tan
4 minggu lalu

Media Sosial Elizabeth Tan Jadi Tempat ‘Berkumpul’ Lelaki Melayu Miang

The post Aksi Ganas Elizabeth Tan Jadi Perhatian, Netizen Rela Jadi Pokok Pisang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments