#Hiburan: Isu Pemandu Lori Sakit Jantung Difitnah Mabuk, Suami Isteri Mohon Maaf

Sepasang suami isteri menafikan bahawa mereka merupakan perakam video membabitkan seorang pemandu lori yang terkena serangan jantung semasa memandu di kawasan berhampiran Kilang Daikin.

Lelaki berkenaan berkata dia hanya memuatnaik semula video tersebut di akaun TikToknya selepas menerima video itu melalui aplikasi WhatsApp.

Advertisement

Malah, isteri kepada lelaki berkenaan turut meminta maaf kepada keluarga pemandu lori terbabit serta menegaskan bahawa dia tidak merakam video tersebut.

Video itu dihantar di dalam WhatsApp group, saya cuma upload semula sahaja. Saya tidak ada kena mengena dengan video itu.

Tegas lelaki berkenaan, kereta yang dilanggar itu juga bukan kereta miliknya dan suara dalam video itu memang tidak sama dengan suara isterinya.

@mubarakkhan1535

tolong tonton video sampai habis Dan meminta maaf sekali lagi

? bunyi asal – mubarakkhan1535 – mubarakkhan1535

Advertisement

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 48 saat di aplikasi TikTok memaparkan seorang wanita menuduh seorang pemandu lori mabuk selepas melanggar beberapa buah kenderaan di lokasi.

Namun, salah seorang rakan mangsa yang dikenali sebagai  Siva menjelaskan rakannya itu terkena serangan jantung dan sudah meninggal dunia.

pemandu lori dituduh mabuk meninggal dunia
17 jam lalu

Pemandu Dituduh Mabuk Padahal Sedang Tahan Sakit, Netizen Mahu Si Perakam Mohon Maaf

The post Isu Pemandu Lori Sakit Jantung Difitnah Mabuk, Suami Isteri Mohon Maaf first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments