Wanita luah rasa sedih serta tertekan apabila dirinya diberi masa hingga hujung tahun untuk hamil jika tidak mahu diceraikan oleh suami dan luahan tersebut dikongsikan oleh pengacara, Fedtri Yahya di laman Instagramnya.
Menurut wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu, perkahwinan bersama suami yang sudah didirikan selama tujuh tahun tersebut masih belum dikurniakan zuriat.
Lagi membuatkan wanita itu terluka apabila sang suami berniat untuk menceraikan beliau sekiranya masih lagi belum dikurniakan zuriat sehingga hujung tahun ini.
View this post on Instagram
Kerana sudah buntu memikirkan soal yang amat berat ini, wanita tersebut tampil berkongsikan masalahnya kepada pengacara Jejak Rasul itu.
Meninjau di ruangan komen, kelihatan pelakon Catriona Ross tampil memberi pandangannya berkenaan dengan isu terbabit dan menurutnya, perkahwinan merupakan satu perkongsian serta perjanjian di antara pasangan yang bercinta.
Its an agreement about 2 people being in love dan isteri jangan dianggap kilang yang diwajibkan untuk melahirkan ikut kehendak. Just leave that man Puan.
Dalam pada itu, netizen turut tidak lupa meninggalkan komen supaya wanita tersebut untuk kekal tabah dan ada juga yang mengatakan beliau berhak mendapat pasangan yang lebih baik dari itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post Wanita ‘Tertekan’, Suami Ugut Cerai Kalau Hujung Tahun Masih Tak Mengandung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments