Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video perkongsian seorang pengguna yang berkongsi gelagat lucu suaminya yang membebel sambil melipat kain baju.
Isterinya, Nur Shuhada berkata dia tidak menyangka video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga menerima jutaan tontonan.
Menerusi video tersebut, suaminya, Mustafa Ismail dilihat sedang berleter dan memerli isterinya dalam nada bergurau telah membuatkan ramai penonton terhibur.
Seronok sangat tapi lagi seronok jadi Shuhada, Shuhada duduk atas sofa, boleh main TikTok, boleh main Instagram, boleh buat story. Shuhada kan boss!
Jelas Shuhada, dia tidak berkecil hati dengan bebelan suaminya yang berbaur perli kerana cukup faham dengan sikap suaminya yang suka bergurau.
Saya tak sempat nak lipat baju pada hari itu. Jadi suami pun tolong lipatkan tapi dia berleter, kononnya nak perli saya.
@shadagonjeng Mcm besa stapa dah stat bg peluru kt aku ???? jantan ni kalau perli aku cukup mau2
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan leteran suaminya itu. Malah, ada juga yang mahukan bakal suami seperti suaminya.
“Sakit perut gelak dengar suami sis membebel dengan gelak sis,” tulis seorang warganet.
“Beleter pun tangan tu jalan,” tulis seorang netizen.
“Aku rela dapat suami berleter tapi memang tolong daripada yang hm,” tulis lagi seorang pengguna TikTok.
The post “Nak Suami Macam Ni ‘Please'” – Gelagat Lelaki Ini Membebel Sambil Lipat Kain Buat Netizen Terhibur first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments