Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini mengumumkan mengenai perancangan agensi itu untuk menawarkan Identiti Digital Nasional (IDN) sebagai pelengkap kepada sistem MyKad sedia ada dalam dunia digital menjelang April 2024 nanti.
Difahamkan JPN telah memulakan proses pengenalan IDN dari segi perancangan pembangunan, perundangan serta intergrasi antara jabatan kerajaan, swasta dan sebagainya namun masih lagi di peringkat awal.
Antara kelebihan serta fungsi IDN adalah ia bakal dipadankan bersama MyKad dalam memudahkan pengguna mengesahkan identiti menerusi fungsi-fungsi yang bakal ditawarkan.
Menerusi pengenalan sistem baru ini yang seiring dengan perkembangan teknologi semasa, diharapkan ia dapat memudahkan urusan melibatkan agensi kerajaan, swasta mahupun sektor kewangan agar lebih efisien dan pantas.
Ketahui lebih lanjut mengenai fungsi asas IDN dengan menonton video di bawah ini.
The post Pelengkap MyKad, Identiti Digital Nasional Bakal Diperkenalkan Menjelang Tahun 2024 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments