#Hiburan: iCanvas Dan Maestro Swiss Jalin Kerjasama

iCanvas, sebuah unit perniagaan baharu oleh iMedia yang memfokuskan kepada penyelesaian digital kreatif, hari ini mengumumkan telah menandatangani perjanjian dengan Swiss Maestro iaitu pemilik jenama coklat Vochelle, untuk menguruskan media sosial pada 2022.

iCanvas tawar pemikiran strategik luar biasa

Ketua Pegawai Eksekutif iMedia, Voon Tze Khay meluahkan rasa teruja dengan kerjasama ini memandangkan situasi bekerja di antara pelanggan dan pengiklan yang berubah banyak dek pandemik ini.

Advertisement

iCanvas bersedia membantu pelanggan dengan pemikiran strategik yang luar biasa, keupayaan kreatif dan keupayaan pengeluaran yang menguntungkan buat syarikat mereka. Kami bangga dapat bekerjasama dengan Maestro Swiss untuk melaksanakan strategi pemasaran komunikasi serta media sosialnya untuk 2022. 

Menurutnya lagi, objektif kedua-dua syarikat adalah untuk membangunkan imej baharu bagi jenama Vochelle sepanjang tahun ini. Tahun Baru Cina yang akan datang menjadi kempen permulaan jenama ini.

Voon Tze Khay, CEO of iMedia Group

Voon Tze Khay, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iMedia

Menghubungkan Vochelle dengan sasaran pengguna

Evans Khoo, Ketua Pemasaran Maestro Swiss berkata bahawa Vochelle merupakan jenama untuk kepuasan peribadi.

Kami turut berbangga dapat bekerjasama dengan iMedia untuk memanfaatkan pengalaman digital mereka. Kepelbagaian platform yang ada dapat menghubungkan Vochelle dengan pengguna sasaran serta menyegarkan kembali jenama itu untuk menjadi teratas dalam fikiran pelanggan.

Tambah Pengarah Komersial, Alwin Yew pula, Vochelle berada pada kedudukan yang baik untuk berkembang dengan pesat dalam tempoh 3 tahun akan datang. Jadi, mereka teruja dengan prospek akan datang jenama berkenaan.

alwin dan evan icanvas

Kiri: Alwin Yew, Pengarah Komersial | Kanan: Evans Khoo, Ketua Pemasaran Maestro Swiss

iCanvas telah dikonsepkan pada kemuncak pandemik 2021 di mana pelanggan menghadapi cabaran dengan kebanyakan sektor ekonomi ditutup. Pelanggan memerlukan cara baharu untuk memasarkan jenama mereka dalam talian. 

Dengan penawaran integrasi media digital, iCanvas menyediakan pemikiran kreatif untuk perancangan strategi jangka pendek dan jangka panjang yang efektif.

Loh Ken Wei, Ketua Pegawai Komersial iMedia

Loh Ken Wei, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan iMedia

iCanvas dibina untuk pengguna

iCanvas akan diterajui oleh Lydia Kwan, yang berperanan sebagai Ketua Strategi, dan disokong oleh Ken Wei, Ketua Pegawai Komersial iMedia.

Jelas Lydia Kwan,

Di iCanvas, kami ingin menggunakan pemahaman mendalam kami tentang pengguna, yang diperoleh daripada portfolio iMedia, untuk membantu merapatkan jurang antara pelanggan dan pengguna dengan cara yang paling berkesan dan menarik.

Lydia Kwan, Ketua Strategi

Lydia Kwan, Ketua Strategi iCanvas

Pasukan ini terdiri daripada 4 individu dan sedang mencari lebih ramai lagi untuk menyertai mereka.

Kumpulan iMedia berkembang dengan sangat pantas sejak pertama kali dilancarkan pada 2020. Kumpulan ini berterusan mencari potensi pemerolehan syarikat dan menjalin kerjasama dengan usahawan tempatan yang hebat.

Maestro Swiss – Menjadi salah satu syarikat barangan pengguna terkemuka di Malaysia, Maestro Swiss adalah pemilik dan pengeluar kepada beberapa jenama kegemaran ramai iaitu Vochelle, Vico dan Darry’s. Produk-produk ini boleh didapati di lebih 17,000 kedai runcit di Malaysia, ianya juga dieksport ke pasaran di seluruh Asia dan Australasia.

iMedia — Kumpulan media digital bersepadu Malaysia yang berkembang pesat dengan gabungan lebih 15 juta pelawat di laman web, platform sosial dan rangkaian pengaruhnya — portfolionya merangkumi jenama dalam talian popular dan perkongsian penstriman video premium termasuk OhMedia, Ittify, Goody25, GoodyMy, BeautifulNara, Amazing Nara, Kimchi Daily, Moretify, Illuminasi, Favful, Viu, Newswav, Malaysia Gazette dan Oriental Daily Online.

The post iCanvas Dan Maestro Swiss Jalin Kerjasama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments