#Hiburan: Laungan ‘Tangkap Azam Baki’ Bergema Di Bangsar, Protes Berakhir Dengan Lagu Negaraku

Sedia maklum, #TangkapAzamBaki diadakan agar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditahan akibat terlibat dalam kontroversi pemilikan saham.

Pada mulanya, perhimpunan itu dijadual bakal berlangsung di hadapan Sogo, Kuala Lumpur akan tetapi pihak polis mendapat arahan dari mahkamah agar melarang sebarang perhimpunan berlaku di Dataran Merderka, kompleks beli-belah Sogo serta Masjid Jamek.

Advertisement

Oleh kerana itu, perhimpunan tersebut diganti ditempat lain iaitu LRT Bangsar dimana lebih 100 peserta himpunan protes berpakaian hitam berkumpul di bawah stesen tersebut yang terletak di tepi Menara UOA.

Difahamkan, laungan “Hidup Rakyat! Tangkap Azam Baki!” bergema di stesen tersebut yang dilaungkan oleh penunjuk perasaan himpunan itu.

Dapat dilihat juga beberapa penunjuk perasaan membawa sepanduk bertulis “lawan” dan “lawan korupsi”, namun dalam pada masa yang sama, pihak polis mengingatkan para peserta himpunan supaya sentiasa menjaga jarak sosial.

Advertisement

Lihat dari laporan FMT, wakil program Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) memberitahu penunjuk perasaan ‘diganggu’ selepas turut dari stesen LRT Bangsar, dimana polis memberi amaran kepada mereka akan ditangkap jika sertai perhimpunan itu.

Sekadar info, himpunan yang disokong 33 NGO dan 11 buah organisasi politik itu dijalankan secara aman dengan menepati semua SOP supaya meminimumkan penularan COVID-19 serta keselamatan para rakyat Malaysia.

perhimpunan #TangkapAzamBaki
6 jam lalu

Enam Jalan Utama Ditutup Polis, Himpunan #TangkapAzamBaki Dijangka Berlangsung Hari Ini

The post Laungan ‘Tangkap Azam Baki’ Bergema Di Bangsar, Protes Berakhir Dengan Lagu Negaraku first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments