#Hiburan: Kes Varian Omicron Semakin Meningkat, Rakyat Dah Pasrah Jika PKP Dilaksanakan Kembali

Peningkatan kes varian Omicron sejak kebelakangan ini ternyata telah mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat berikutan bimbang jika Perintah Kawalan Pergerakan akan dilaksanakan semula.

Kanak kanak dibenarkan vaksin
3 hari lalu

Kanak-Kanak 5 Hingga 11 Tahun Kini Dibenarkan Vaksin Jenis COMINARTY 10mcg

Advertisement

Meninjau ke ruangan media sosial, ramai netizen menzahirkan perasaan risau jika mereka terpaksa berdepan dengan situasi sama ketika sekatan penuh yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

Malah, ada juga yang berkata bahawa mereka sudah pasrah dan reda jika terpaksa menyambut lebaran di perantauan atau secara bersendirian, sama seperti tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, ada yang mempertikaikan mengenai PKP yang seolah-olah sengaja dilaksanakan ketika musim perayaan Aidilfitri.

“Memang tidak menyimpan harapan untuk beraya macam dahulu sebab dah dua kali beraya seorang diri, terima dengan rela hati.” luah seorang netizen.

“Macam biasa, tapi pelik juga kenapa masa raya mesti hendak dikenakan PKP.” sahut netizen yang lain pula.

Terdahulu, Kementerian kesihatan Malaysia mengumumkan bahawa negara telah mencatatkan 245 kes varian Omicron di mana 233 daripadanya adalah kes jangkitan import manakala 12 lagi adalah daripada kes penularan tempatan.

The post Kes Varian Omicron Semakin Meningkat, Rakyat Dah Pasrah Jika PKP Dilaksanakan Kembali first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments