#Hiburan: “Tun Mahathir Kini Stabil, Beri Respon Baik Kepada Rawatan” – Marina Mahathir

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta memberi respon yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif di Institut Jantung Negara di ibu negara.

Kata anak perempuannya iaitu Datin Paduka Marina, ayahnya sudah berada di IJN untuk dirawat sejak dua hari lepas bagi menjalani rawatan lanjutan prosedur berkenaan yang berjaya dilaksanakan 8 Januari lalu.

Advertisement

Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon yang baik kepada rawatan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial)

Sebelum ini, bekas perdana menteri tersebut diberitahu sedang berada dalam Rawatan Rapi Koronari, IJN dan berada di bawah pemantauan yang ketat oleh pakar perubatan di situ.

Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif pada 7 Januari sebelum beliau dibenarkan pulang ke rumah pada 13 Januari.

Dr Mahathir
2 minggu lalu

Jalani Prosedur Perubatan Elektif, Dr Mahathir Dimasukkan Ke IJN

The post “Tun Mahathir Kini Stabil, Beri Respon Baik Kepada Rawatan” – Marina Mahathir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments