Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu ketika ini kerajaan tidak mempunyai sebarang hasrat untuk meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000 biarpun ramai kini terjejas dengan bencana banjir.
Sehubungan dengan itu, Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata KWSP tidak sepatutnya dilihat sebagai jalan penyelesaian sesuatu cabaran.
Tambahnya lagi dalam sesi temubual bersama Astro Awani, tiga program pengeluaran seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sebelum ini hanya sebagai langkah jangka pendek serta sementara sahaja akibat pandemik COVID-19 yang berlaku di negara.
Kalau untuk setiap bencana ni kita nak keluarkan simpanan KWSP, sampai bila-bila pun simpanan hari tua ni tak tercapai matlamatnya.
Dalam pada itu, beliau turut berkata hampir 50 peratus atau lebih kurang enam juta pencarum mempunyai baki caruman kurang daripada RM10,000 dan golongan ini tidak akan mendapat faedah pun jika pengeluaran tambahan i-Citra RM10,000 dibenarkan.
Tengku Zafrul berkata secara keseluruhannya banyak bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan untuk rakyat yang terjejas akibat bencana termasuklah banjir yang berlaku baru-baru ini.
Menteri Kewangan itu dalam pada masa yang sama juga memberi keyakinan bahawa dalam menggubal dasar, kerajaan perlu bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan bukan sahaja untuk jangka masa pendek, malah untuk jangka masa panjang buat kesejahteraan rakyat.
The post “Kalau Setiap Bencana Nak Keluarkan KWSP, Sampai Tua Tak Capai Matlamatnya” – Menteri Kewangan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments