Baru-baru ini, tindakan adik kepada Neelofa iaitu Nur Ameera Khan yang didakwa memuat naik adegan filem House of Gucci dalam media sosial dikecam netizen.
Perkongsian adegan filem House of Gucci dalam media sosial itu menimbulkan rasa kurang senang netizen kerana filem terbabit belum ditayangkan di Malaysia.
Menerusi ciapan Twitter, Golden Screen Cinemas (GSC) menyatakan mereka memandang serius insiden perkongsian sedutan filem House of Gucci ke media sosial dan sudah mengambil tindakan lanjut bagi menjaga kepentingan pemegang hak karya berkenaan.
Rakam kandungan filem adalah tidak dibenarkan. Kami mengambil maklum hal ini secara serius.
Kenyataan itu dikeluarkan GSC ketika membalas ciapan seorang pengguna Twitter yang membangkitkan perbuatan merakam Ameera Khan itu seolah dibenarkan pemilik pawagam terbabit.
Recordings of movie content are strictly prohibited. We are taking this seriously and have reached out and reported this incident to the rights owner for further action. Thank you for highlighting this!
— GSC (@GSCinemas) January 5, 2022
Menurut GSC, pengedar filem House of Gucci iaitu United International Pictures (UIP) sudah dimaklumkan mengenai insiden itu untuk tindakan lanjut.
Walaubagaimanapun, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan masih mengunci mulut berhubung insiden itu.
The post “Kami Ambil Hal Ini Secara Serius” – Isu Curi Rakam Dalam Pawagam, GSC Buat Laporan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments