#Hiburan: Tak Tahu Nak Buang Barang Lama Di Mana? Selangor Perkenal Perkhidmatan Terbaru iClean Untuk Rakyat

Jika anda berdepan situasi berpindah rumah misalnya, pasti agak pening memikirkan bagaimana melupuskan barang-barang lama seperti perabot yang sedia ada dengan segera.

Nak dijual tidak pula laku, dan akhirnya orang akan membuang barang-barang tersebut di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan pencemaran mata.

Advertisement

Berita baik untuk penduduk Selangor, kini anda tidak perlu susah hati lagi kerana terdapat sebuah perkhidmatan aplikasi iClean Selangor yang akan membantu anda melupuskan barang-barang lama seperti perabot dan perkakasan eletrik meskipun sudah rosak, terus dari depan rumah anda.

Dan semestinya anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran jika hendak menggunakan perkhidmatan ini. Hanya ambil gambar dan hantar laporan, aduan anda terus selesai.

Advertisement

Apa yang perlu anda buat jika ingin menggunakan perkhidmatan tersebut adalah dengan memuat naik aplikasi iClean Selangor di telefon bimbit anda (Google Play Store & Apple Store).

Kemudian ikuti langkah-langkah seperti di bawah.

 

IClean selangorSumber : Twitter 

 

Jangan lupa letakkan barang buangan anda di luar rumah untuk dikutip oleh mereka dalam masa 24 jam sejurus anda dihubungi oleh pegawai bertugas.

Antara senarai Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat dalam perkhidmatan ini adalah:

  • Majlis Perbandaran Klang  (MPK)

  • Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

  • Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

  • Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)

  • Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

  • Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)

  • Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)

  • Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)

  • Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)

  • Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)

  • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

 

Longkai bergaduh 20
9 jam lalu

(Video) 20 'Longkai' Bergaduh Di Lebuh Raya, Polis Tangkap 5 Individu

The post Tak Tahu Nak Buang Barang Lama Di Mana? Selangor Perkenal Perkhidmatan Terbaru iClean Untuk Rakyat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments