Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki telah mengemukakan tuntutan saman fitnah terhadap bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam berikutan penerbitan sebuah artikel di portal agensi berita tersebut pada 26 Oktober dan 15 Disember tahun lalu.
Lapor Harian Metro, peguam cara yang mewakili Azam Baki iaitu Megat Abdul Munir memaklumkan bahawa saman fitnah itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
Ujar Megat, tuntutan tersebut dibuat setelah Lalitha gagal memberi maklum balas terhadap surat tuntutan (LOD) bertarikh 6 Januari lalu.
Lalitha menerusi peguam sebaliknya mengeluarkan kenyataan di Twitter menyatakan beliua kekal terhadap dakwaan seperti dalam penerbitan artikel yang anak guam kami tegaskan bahawa adalah fitnah.
Justeru, anak guam kami (Azam Baki) tidak punya pilihan lain tetapi dengan memfailkan saman ini sebelum tempoh 14 hari dari tarikh LOD bagi menjaga nama baik serta reputasinya.
Jelas Megat, anak guamnya itu hanya menggunakan hak yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan perundangan berkaitan bagi menyelesaikan isu tersebut bersesuaian dengan prosedur mahkamah, dan bukannya hanya sekadar apa yang dibicarakan di media sosial.
Press statement issued by my lawyer Mr Manjeet Singh Dhillon on my behalf, is attached. Should you require further information or clarification, please contact him.
Thank you all for your support and encouragement during this difficult period. Much appreciated. pic.twitter.com/pskC3HhG1l
— Lalitha Kunaratnam (@LalithaVelvet) January 9, 2022
Terdahulu, Azam memaklumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan saman terhadap mereka yang bertindak mencemarkan reputasinya dan juga agensi SPRM bagi memastikan dakwaan tidak berasas sedemikian tidak akan terjadi lagi di masa akan datang.
Azam sebelum ini didakwa memiliki lebih RM4 juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai namun menafikan kesemua pemilikan itu adalah miliknya tetapi kepunyaan adik, Nasir Baki yang menggunakan namanya dalam urusan perolehan dan jual beli.
BACA: Bukan Saya Lantik Azam Baki, Hanya Ikut Prosedur – Tan Sri Muhyiddin Yassin
The post Azam Baki Fail Saman Fitnah 10 Juta Terhadap Lalitha Berikutan Kes Rasuah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments