#Hiburan: “Jangan Sampai Aku Try..” – Sharnaaz Cuba Nasib, Nak Jadi Hero Dalam MV Terbaru DS Vida Pula

Sebelum ini jutawan kosmetik terkenal Dato’ Seri Vida ada meluahkan hasrat untuk mengeluarkan single terbaru nyanyiannya tidak lama sahaja lagi.

Sehubungan dengan itu, DS Vida kini sedang ‘memburu’ calon-calon yang sesuai untuk dijadikan hero dalam klip video lagu itu nanti.

Advertisement

Pencarian hero yang sesuai turut diuar-uarkan DS Vida menerusi beberapa hantaran di Instagram untuk pengetahun netizen.

Saya nak cari hero dalam klip video saya. Boleh bagi cadangan tak, siapa pelakon, hero penyanyi ke, siapa yang boleh saya bersama hero itu dalam klip video.

Tapi saya nak yang bujang, saya nak yang takda tunang, takda bini, single and available. Kerana takut nanti terpegang ke.

Menjengah ke ruangan komen, nampaknya pelakon Sharnaaz Ahmad menunjukkan minat dan turut menawarkan dirinya untuk membintangi klip video lagu terbaharu Vida.

Advertisement

“Jangan sampai aku try..haa, jaga. Jangan kata tempuh, kena langgaq dengan lori pun boleh..cuma nak tau yang ehekk ehekk tu kena buat apa?” tulis pelakon filem Jebat itu lagi.

Malah, ramai peminat turut memberikan respon positif dan merasakan Sharnaaz merupakan calon yang paling tepat bagi mengisi kekosongan ciri-ciri yang dicari DS Vida itu.

Selain Sharnaaz, nama-nama lain yang dicadangkan peminat adalah seperti Aweera, Nazim Othman, Diva AA dan juga Michael Ang.

Ds vida yassin
3 hari lalu

DS Vida Nak ‘Sponsor’ Yasin Buat Gigi Baru, Nafi Nak Tumpang Populariti

The post “Jangan Sampai Aku Try..” – Sharnaaz Cuba Nasib, Nak Jadi Hero Dalam MV Terbaru DS Vida Pula first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments