Kembali mencuri perhatian netizen, usahawan dan penyanyi kini, Iqbal Zulkefli memaklumkan bahawa dia ada membeli pen berjenama mewah yang berharga RM75,000 sebatang.
Iqbal difahamkan telah mengunjungi kedai Mont Blanc dan terus membeli pen yang diingini hanya kerana berasa tertekan dan stress.
View this post on Instagram
Akhirnya saya miliki pen Mont Black RM75,000. Sejak di Malaysia lagi saya masuk kedai ini namun tidak beli pen yang saya mahu. Setelah berkali-kali, daripada tertekan, lebih baik saya beli sahaja.
Tambahnya, dia memegang prinsip bahawa tiada siapa boleh menghalang dirinya daripada menyukai barangan mewah selagi tidak menyusahkan mana-mana pihak, asalkan ianya halal.
Seperti yang dijangka, perkongsian Iqbal itu telah berjaya menuai kritikan dan respon pelbagai daripada warga maya.
Ramai yang menyifatkan tindakan Iqbal itu sebagai satu pembaziran yang melampau di saat-saat rakyat Malaysia sedang berhadapan tragedi bencana banjir sejak Disember tahun lalu.
“Sekiranya berkemampuan, kongsilah rezeki. Bantulah mangsa banjir, saham akhirat, kemewahan hanya di dunia.” tulis seorang netizen.
“Pergilah bantu mangsa banjir Iqbal, daripada beli pen kau tak guna pun, membazir amalan syaitan.” sahut seorang lagi.
Terdahulu, penyanyi lagu Hujan itu kini berada di Indonesia atas urusan kerja dan juga mencari ketenangan di luar negara.
Dia juga dilihat kerap berkongsi perkembangan dan aktiviti sepanjang berada di negera seberang itu.
The post Ditegur Membazir Oleh Netizen, Iqbal Zulkefli Beli Pen Harga RM75K Sebatang Gara-Gara Stress first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments