#Hiburan: Tak Kisah Disamakan Dengan Aliff Syukri, Michael Ang Kata Janji Tak Keluar Duit Sendiri Buat Lagu

Penerbit dan juga pengarah terkenal, Michael Ang baru sahaja mengeluarkan lagu single terbaru berjudul Cinta Atau Propa.

Kemunculan lagu tersebut ternyata telah mencetuskan kritikan dan pujian daripada peminat dan rakan selebriti.

Advertisement

Video muzik lagu tersebut juga berjaya mencuri tumpuan dan ujar Michael, terdapa kisah sebenar ketika dia menerima tawaran untuk menyanyikan lagu tersebut.

Dedah pengarah drama Love Elsa ini, dia pada ketika itu sedang mengalami depresi dan terus bersetuju untuk muncul dengan lagu sendiri, hasil kolaborasinya bersama Indigital Music.

Advertisement

Sebenarnya, ketika ditawarkan untuk menyanyikan lagu ini tahun lepas, saya mengalami depresi. Saya tertekan sebab alami masalah dengan orang yang saya sayang, tapi tikam saya dari belakang.

Saya sedang stress dan terus berkata ya kepada pihak Indigital Music, lagipun sebelum ini banyak dah saya lakukan seperti mengarah, berlakon, mengacara dan macam-macam, kita kena sentiasa mencuba.

Tambahnya, selain menyanyi, Michael juga menyimpan hasrat untuk menulis lagu pula pada suatu hari nanti.

Dalam pada itu, Michael berkata dia bersikap terbuka apabila ramai yang mengkritik malah menyamakan dirinya dengan Datuk Seri Aliff Syukri yang telah tampil dengan beberapa lagu sebelum ini.

“Orang ada hak untuk kritik, saya tak ambil pusing sebab media sosial bukanlah kehidupan sebenar. Sesiapa sahaja boleh menyanyi, ada duit boleh menyanyi, tapi saya tak keluar duit sendiri, saya ditawarkan untuk menyanyi.” jelasnya.

Sekadar info, video muzik Cinta Atau Propa merupakan hasil karya komposer Killa Driz dan boleh ditonton di salutan YouTube Indigital Music.

Michael Ang
1 hari lalu

"Jadi Pengarah Cukuplah.." - Keluar Single Terbaru, Michael Ang Dikritik Rakan Selebriti

The post Tak Kisah Disamakan Dengan Aliff Syukri, Michael Ang Kata Janji Tak Keluar Duit Sendiri Buat Lagu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments