Personaliti media sosial, Stephanie Matto sebelum ini pernah tular berikutan kejayaannya memasarkan bau kentut di dalam balang sehingga memperoleh AS$50,000 (RM210,070) seminggu dengan perusahaan anehnya itu.
Stephanie,31, wanita kelahiran Conneticut, Amerika Syarikat itu ternyata telah mendapat perhatian global namun dia memutuskan untuk tidak lagi melakukan perniagaan itu setelah 90 hari berkecimpung menjual bau kentut sendiri.
Menerusi laporan media antarabangsa, sebab Stephanie mengambil keputusan untuk bersara adalah kerana dia telah dikejarkan ke hospital akibat mengalami gejala serangan jantung.
Setelah menjalani pemeriksaan lanjut seperti ujian darah dan electrocardiogram (EKG), Stephanie didapati mengalami kemerosotan tahap kesihatan akibat amalan diet kacang dan telur yang dilakukannya.
Aku fikir aku mengalami strok dan inilah saat-saat akhir hidup aku. Aku dah terlebih melakukannya (kentut). Aku dapat rasakan sesuatu pelik ketika sedang berbaring dan perut rasa ditekan-tekan.
Ia keadaan yang susah nak bernafas dan setiap kali cuba, aku rasa sakit pada bahagian dada. Aku panik dan menghubungi kawan-kawan untuk bawa aku ke hospital kerana risau mengalami serangan jantung.
Namun begitu, Stephanie meluahkan rasa syukur kerana dia hanya mengalami kesakitakn akibat tekanan gas melampau dan bukannya strok atau sakit jantung.
Difahamkan, hasil kejayaan bisnesnya itu Stephanie telah berniat untuk mendermakan sebahagian hasil pendapatannya kepada badan kebajikan yang berkaitan dengan penyakit gastrik, seperti laporan NY Post.
The post Bersara Jual Bau Kentut Dalam Balang, ‘Influencer’ Ini Alami Kesakitan Akibat Tekanan Gas Melampau Dalam Badan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments