Baru-baru ini tular di media sosial tentang isu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikatakan telah membuat kesilapan dalam menterjemah perkataan ‘air kosong’ kepada ’empty water’.
Sedar perkara tersebut menjadi viral di media sosial, Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin tampil memberi penjelasan di Instagram Storynya berkenaan hal tersebut.
View this post on Instagram
Melalui penjelasan beliau di Insta Story, Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ itu mengakui penggunaan bahasa Inggeris untuk beberapa laman web kerajaan sememangnya agak teruk.
Walau bagaimanapun, KJ memberitahu ada pihak yang menggunakan ciri terjemahan di laman Facebook dan sengaja ditularkan bagi memalukan pihak KKM.
Akhir sekali, menteri tersebut memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak memandai-mandai kongsi sesuatu perkara tanpa mengetahui perkara sebenar dan beliau juga sempat berkata orang ramai boleh mencabarnya dalam permainan spelling bee.
The post KKM Terjemah Air Kosong Jadi ‘Empty Water’? KJ Dakwa Ada Pihak Sengaja Viralkan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments