#Hiburan: Bapa Tukar Baju Jadi ‘Pari-Pari’ Sebab Anak Tak Ada ‘Mood’ Waktu Majlis Hari Jadi

Seorang bapa semestinya akan buat apa saja untuk menggembirakan anak kan? Begitu juga seorang lelaki dari Filipina ini yang sanggup mengubah penampilannya demi membuat anaknya tersenyum.

Napoleon Sorianno baru-baru ini menjadi sebutan selepas gambarnya memakai rambut palsu berwarna merah jambu dan skirt tutu mendapat perhatian.

Advertisement

Menurut laporan, Soriano berpakaian sebegitu demi untuk memastikan mood anak perempuannya tenang dan ceria ketika satu sesi fotografi hari jadi.

Anaknya, Felicity Isabella atau Ellie dikatakan muka mengamuk dan menangis ketika sesi bergambar pada sambutan hari lahir pertamanya.

Aksi Soriano yang berpura-pura menjadi pari-pari demi mengembalikan keceriaan Ellie mendapat pujian ramai terutamanya pasukan jurugambar yang diupah untuk majlis berkenaan.

Advertisement

Tidak kira apa usaha ibu bapa untuk memastikan gambar cantik sempat dirakam, jika kanak-kanak mengamuk dan tiada mood, kami tidak mampu berbuat apa-apa.”

Menurut mereka, Soriano seorang bapa yang sangat kental kerana tidak mahu semua persiapan menjadi sia-sia jadi dia membuat keputusan untuk jadi ‘bahan prop’.

Kata Soriano, menjadi ‘pari-pari’ dalam gambar majlis hari jadi anaknya itu hanyalah sekadar gurauan kerana dia tidak mahu membazir duit yang telah dibelanjakan untuk majlis tersebut.

Daripada membazir lebih baik gunakan semua prop yang ada. Lagipun upah jurugambar dan perancang majlis tidak murah.”

Gambar-gambar kenangan yang dirakamkan jurugambar tersebut tular selepas dimuat naik di laman Facebook pada 22 Januari lepas.

Ramai terhibur dan memuji Soriano kerana melakukan sesuatu di luar jangkaan demi membahagiakan anaknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

roy
2 minggu lalu

"Dia Layan Macam Anak Sendiri" - Tak Kira Kaum, Netizen Tersentuh Lihat Kasih Sayang Lelaki Ini

The post Bapa Tukar Baju Jadi ‘Pari-Pari’ Sebab Anak Tak Ada ‘Mood’ Waktu Majlis Hari Jadi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments