#Hiburan: “Dia Bukan Tunggu Lif Lama Pun” – Nurulhidayah Ahmad Zahid Jelas Isu Lelaki Ditarik ‘Bodyguard’ Bapa

Selepas tularnya video seorang lelaki didakwa dihalau keluar oleh pengawal Dato Seri Ahmad Zahidi dari memasuki lif, anak perempuannya iaitu aktivitis Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid tampil beri penjelasan.

Menerusi penjelasan di Insta Story beliau baru-baru ini, Nurulhidayah ada memuat naik tangkap layar perbualan di WhatsApp mengenai video terbabit.

Advertisement

Menurut wanita itu, sebab lelaki tersebut terpaksa ditarik keluar dari memasuki lif bersama bapanya adalah atas faktor keselamatan.

instagram nurulhidayah ahmad zahid

Tambahnya lagi, pengawal peribadi yang menarik keluar lelaki itu dari memasuki lif bersama bapanya itu adalah kakitangan salah seorang kenalan dan menegaskan mereka bukanlah pengawal peribadi Zahid Hamidi.

Dia buat kerja dia. So? salah Zahid Hamidi jugak? Mentang-mentanglah Zahid Hamidi semua salah.

Sekadar info, melalui laporan Sinar Harian, Presiden UMNO tersebut telah menghadiri Mahkamah Tinggi pada 24 Januari lalu bagi mendengar keputusan susulan 47 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).

Zahid Hamidi
2 hari lalu

"Sampai Tercekik!" - Tular Video Lelaki Diasak Keluar Lif Di Mahkamah, Netizen Berang Dengan Zahid Hamidi

The post “Dia Bukan Tunggu Lif Lama Pun” – Nurulhidayah Ahmad Zahid Jelas Isu Lelaki Ditarik ‘Bodyguard’ Bapa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments