#Hiburan: KKM Sahkan Ada Racun Berjadual, Ini Senarai 3 Produk Kosmetik Yang Diharamkan Penggunaan Dan Penjualan

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai agar mengelak daripada membuat sebarang pembelian atau memakai produk-produk kosmetik yang disenaraikan kerana dikesan mengandungi racun.

Maklum Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sebuah hantaran Facebook miliknya,  tiga produk baru telah dikenalpasti mengandungi racun iaitu NP Beauty FM Cream, NP Beauty FB Cream 7g dan AS’S Beauty Night Cream.

Advertisement
 

Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan ianya tidak lagi dibenarkan penjualannya di Malaysia.

Antara racun yang dikesan terkandung dalam produk tersebut adalah merkuri yang boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan.

Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Advertisement

Tambah DG Hisham lagi, pengeluar dan penjual produk-produk kosmetik yang disenaraikan itu dikehendaki memberhentikan penjualan dan pengedaran dengan segera.

Beliau dalam pada itu turut menggalakkan orang ramai agar menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Googl Play Store.

2 hari lalu

"Rakyat Perlu Bersedia Kenaikan Harga Ayam Melebihi RM9.10 Sekilogram" - KPDNHEP

The post KKM Sahkan Ada Racun Berjadual, Ini Senarai 3 Produk Kosmetik Yang Diharamkan Penggunaan Dan Penjualan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments