#Hiburan: (VIDEO) Kejadian Tanah Mendap, Lima Kenderaan Rosak

Kejadian tanah mendap yang dilaporkan berlaku di Lestari Perdana, Seri Kembangan telah mengakibatkan lima kenderaan rosak, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Advertisement

Menurut Norazam, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 6.38 petang semalam sebelum pasukannya bergegas ke lokasi kejadian.

tanah mendap

Berdasarkan laporan awal, berlaku tanah mendap di kawasan berhampiran longkang mengakibatkan lima kenderaan rosak.

Menurut laporan Bernama, hujan pada masa kejadian menyebabkan longkang pecah dan lima kereta tenggelam pada kedalaman 5 hingga 6 meter.

Advertisement

Difahamkan, kawasan itu telah ditutup kepada orang ramai sebelum perkara itu diserahkan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, satu kejadian tanah telah berlaku di kawasan tersebut pada tahun 2017, iaitu kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

flyover hampir himpap penunggang motosikal
3 jam lalu

Berteduh Bawah 'Flyover', Penunggang Motosikal Nyaris Dihimpap Besi Binaan Di MRR2

The post (VIDEO) Kejadian Tanah Mendap, Lima Kenderaan Rosak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments