#Hiburan: Nama Sama Dengan Pandemik, Lelaki Ini Jadi Bahan Usikan Netizen

Seorang lelaki dari New Delhi menjadi bahan usikan kerana mempunyai nama yang hampir sama dengan pandemik COVID-19, lapor World Of Buzz.

Lelaki itu yang bernama Kovid Kapoor khabarnya menjadi tular di media sosial dan turut berkongsi kisah dan pengalaman lucu berikutan hal itu.

Advertisement

Malah, Kovid juga pernah memuat naik hantaran di media sosial dan menulis ‘Nama saya kovid dan saya manusia, bukan virus’.

Jelas lelaki itu, namanya diambil daripada sebuah puisi berbahsa Hindi yang berjudul Hanuma Chaaleesa yang membawa maksud orang yang bijak.

Advertisement

Selalunya, nama itu merupakan panggilan yang indah namun kini ia mempunyai makna yang sangat berbeza.

Kata Kovid lagi, ia menjadi sesuatu yang ironi kerana dia juga bekerja di syarikat yang mempromosikan pelancongan tersebar di negara India iaitu Holidify.

Apa yang lebih melucukan apabila ketika dia menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-30, rakan-rakan Kovid telah memesan kek untuknya dengan ucapan bertulis ‘Kovid-30’.

Namun, pekerja kedai kek itu menyangka terdapat kesilapan dalam ejaan ucapan tersebut dan mengubahnya kepada huruf C lalu menjadikan ia sebagai ‘COVID-30’.

Raja bomoh
1 hari lalu

Upacara Ritual Tular, Raja Bomoh Ucap Terima Kasih Naikkan Namanya Hingga Jadi Terkenal

The post Nama Sama Dengan Pandemik, Lelaki Ini Jadi Bahan Usikan Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments