Ketika dunia sedang bergelut melawan varian Omicron, saintis di Perancis mengenal pasti varian baharu COVID-19 yang dikatakan mempunyai 46 mutasi.
Menurut laporan Independent, varian baharu itu dinamakan IHU, iaitu B.1.640.2 dan setakat ini telah menjangkiti 12 orang di tenggara Perancis.
Kes pertama dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai sejarah perjalanan ke Cameroon, Afrika Barat.
Apa yang menjadikan varian lebih terkenal dan berbahaya ialah keupayaannya untuk membiak kerana bilangan mutasi yang dimilikinya.
Namun, pakar mengumumkan itu tidak bermakna IHU akan terbukti menular seperti varian lain, termasuk Omicron.
Terdapat banyak varian baharu ditemui sepanjang masa, tetapi ia tidak semestinya menjadi lebih berbahaya.
Ahli epidemiologi di Persekutuan Saintis Amerika, Eric Feigl-Ding berkata, varian baharu itu sedang dipantau untuk menilai sejauh mana ia boleh berjangkit atau berbahaya.
The post Varian Baharu COVID-19 Ditemukan, IHU Telah Menjangkiti 12 Orang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments