Baru-baru ini tular sebuah video berdurasi 48 saat di aplikasi TikTok memaparkan seorang wanita menuduh seorang pemandu lori mabuk selepas melanggar beberapa buah kenderaan di kawasan berhampiran Kilang Daikin.
Bagaimanapun, pemandu lori tersebut yang dikenali sebagai Ahmad Sukri telah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Sungai Buloh.
Adiknya, Mohd Azmi berkata, jika fitnah itu tiada, mungkin abangnya boleh dihantar lebih awal ke hospital dan mungkin berjaya menyelamatkan nyawanya.
Rakan sekerja arwah bagitahu video tu tular. Ada komen yang kecam arwah kata kalau dah tahu sakit jantung sepatutnya dia berhenti di tepi jalan.
Tambah Azmi, 37, dia dimaklumkan mengenai kemalangan menimpa abangnya itu kira-kira jam 12 tengah hari, Isnin sebelum bergegas ke hospital berkenaan.
Saya yakin kalau abang boleh tahan sakit, pasti dia akan berhenti di tepi tetapi siapa yang tahu derita kesakitan yang dilaluinya ketika itu.
@utusantvofficial alfatihah, salam takziah buat keluarga arwah. Min minta maaf sengaja tak blur muka untuk anda nilai sendiri tuduhan wanita tersebut. #fyp #foryou #viralnewsmalaysia #beritaditiktok
Dalam pada itu, Azmi berkata kehilangan abangnya memberi impak yang besar buat keluarga mereka kerana kebaikannya dalam membantu menyara keluarga dari segi kewangan.
Azmi turut memaklumkan jenazah Ahmad Sukri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu, selepas Asar, semalam.
The post “Jika Tidak Kerana Fitnah, Mungkin Dia Boleh Diselamatkan” – Keluarga Pemandu Lori Terkilan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments