Baru-baru ini tular di aplikasi Facebook, satu perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Amirah Doby yang mendedahkan sebuah kisah pelik yang dialami oleh kenalannya sendiri.
Menurut Amirah, rakannya itu merupakan isteri kedua dan mula merasa bingung apabila selama 3 tahun mendirikan rumah tangga, dia langsung tidak pernah disentuh suaminya.
Difahamkan, suaminya memberi alasan sedang mengalami tekanan kerana memikirkan tentang isteri pertama yang sangat marah apabila mendapati dirinya dimadukan.
Kahwin dengan suami orang, sekali pun tak pernah disentuh walaupun saya isteri kedua.
Apabila disangka mempunyai masalah kesihatan yang menjejaskan mood untuk bersama, malah suaminya mula marah selepas dicadangkan untuk pergi berubat sebagai jalan penyelesaian.
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan perkongsian cerita itu dan memberikan pendapat mereka.
“Kena bomoh dari isteri pertama lah, tak boleh bersama dengan perempuan lain,” tulis seorang netizen.
“Ada benda tak kena pada suami dia, macam mana isteri muda boleh tahan sampai 3 tahun?” tulis seorang lagi pengguna Facebook.
The post “3 Tahun Saya Tunggu”- Isteri Kedua Tak Pernah ‘Disentuh’, Suami Asyik Fikirkan Isteri Pertama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments