#Hiburan: Sempat Dirakam Takut Turun Bukit, Pemandu Lori Temui Ajal Lori Masuk Gaung

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok dan Facebook, video seorang pemandu yang sempat merakamkan aksi rakannya yang kelihatan takut-takut untuk menuruni bukit dengan membawa lori yang penuh dengan muatan pasir.

Bagaimanapun, kerisauan lelaki tersebut bertukar realiti apabila lori 3 tan yang dibawa mangsa yang dikenali sebagai Mohd Dali Mohd Yunus tidak berjaya dikawal dan akhirnya terjerumus masuk ke dalam gaung.

Advertisement

Kejadian menyayat hati itu turut disaksikan oleh beberapa orang pemandu lain yang sedang mengunggu giliran untuk menuruni bukit kuari tersebut.

Mangsa pertama kali naik ke bukit itu untuk angkut muatan tanah dan ada maklumkan kepada rakan bahawa dia berdepan kesukaran untuk mengendalikan kenderaan.

Advertisement

Insiden itu menyebabkan lori mangsa terbabas ke sebelah kanan lereng bukit sehingga mangsa tersepit di tempat duduk pemandu selain cedera pada bahagian belakang kepala, tangan dan kaki kanan.

Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan namun disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian dan meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak.

Takziah diucapkan buat seluruh keluarga Mohd Dali Mohd Yunus.

Kartunis Zunar
3 jam lalu

Azam Baki Fail Saman Fitnah 10 Juta Terhadap Lalitha Berikutan Kes Rasuah

The post Sempat Dirakam Takut Turun Bukit, Pemandu Lori Temui Ajal Lori Masuk Gaung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments