Syarikat Touch ‘n Go (TnG) khabarnya akan melancarkan kad versi baharu yang menyokong kemampuan menggunakan teknologi Komunikasi Medan dekat (NFC) tidak lama sahaja lagi, seperti laporan Harian Metro.
Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong yang berkat kad baharu itu akan membolehkan pengguna menambah baki dengan mudah menggunakan port didayakan NFC melalui aplikasi TnG eWallet.
Ujarnya lagi, kad yang digunakan pengguna kini tidak mempunyai keupayaan untuk menambah nilai terus kad daripada eWallet kerana ia memerlukan pembaca kad khusus untuk melakukan transaksi demikian atas sebab-sebab keselamatan.
Berikutan itu, timbul pula persoalan dalam kalangan orang ramai berkenaan fungsi kad lama sama ada ia masih boleh digunakan, perlu membeli kad baharu nanti dan serta baki daripada kad lama akan dipindahkan ke baharu atau tidak.
Sebarang info terkini akan dikongsi dari semasa ke semasa melalui laman sesawang kami -Ella
— mytouchngo (@MyTouchnGo) January 25, 2022
Manakala menerusi satu ciapan yang dibuat akaun Twitter rasmi @MyTouchnGo, pihak mereka memaklumkan akan sentiasa mengemas kini info semasa mengenai kad baharu tersebut melalui laman web mereka dari semasa ke semasa.
The post Bakal Lancar Kad Baharu, TnG Kini Boleh Tambah Nilai di TnG eWallet first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments