#Hiburan: “Tak Perlu Sampai Siasat..” – Syed Saddiq Respon Isu PDRM Tahan Sukarelawan

Tular video di media sosial dimana enam sukarelawan MUDA disoal siasat oleh Polis Diraja Malaysia (SPRM), semalam, ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq tampil membuat video menjawab isu tersebut.

Menurut beliau, sukarelawan dari partinya itu ditahan kerana menghantar secara terus bantuan kepada mangsa banjir dan tidak mengikuti standard operasi prosedur (SOP) yang telah ditetapkan, dimana bantuan yang hendak diberi perlu diletakkan di kawasan khusus kerajaan.

Advertisement

Apabila menyentuh soal penahanan sukarelawan, ahli parlimen Muar ini berharap agar pihak berkuasa tidak melayan para sukarelawan itu seolah-olah mereka itu penjenayah.

Sampai nak panggil, disoal siasat oleh polis hanya kerana mereka menyampaikan bantuan makanan ini terus kepada mangsa-mangsa yang terkesan.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di ciapan Syed Saddiq tersebut menyelar tindakan pihak berkuasa menahan sukarelawan terbabit berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang memerlukannya.

Dituduh MUDA guna duit sumbangan beli air arak
5 hari lalu

Didakwa Guna Duit Sumbangan Banjir Beli Arak, Syed Saddiq Kata Parti Lain Sabotaj MUDA

The post “Tak Perlu Sampai Siasat..” – Syed Saddiq Respon Isu PDRM Tahan Sukarelawan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments