Terkenal dengan perangai ‘gila gila’, penyanyi Andi Bernadee buat ramai netizen jeles dengannya baru-baru ini kerana dapat berjumpa dengan artis KPOP, BamBam.
Difahamkan, Andi telah ke Korea Selatan atas tuntutan kerja yang turut disertai oleh BamBam iaitu penggambaran rancangan ‘Master In The House Malaysia’.
@_nrnnjwa SRSLYY!!!!!!??#hybe #masterinthehousemalaysia #fyp? #xyzbca
Ketika di set penggambaran Andi telah mengusik BamBam dan menerusi video yang viral dikongsikannya di TikTok, aksi artis KPOP tersebut menarik perhatian ramai peminat dari Malaysia.
Andi telah memintanya menyebut ‘Mak Kau Hijau’ dan BamBam dilihat blur kerana kurang faham dengan makna sebenar di sebalik ayat itu. Namun dia tetap cuba menyebut sambil ditertawakan oleh Andi.
@andibernadee2020
Sehingga kini video itu telah mendapat lebih 7 juta tontonan dan rata-rata peminat meluahkan rasa cemburu mereka kepada Andi kerana dapat bersua muka dengan BamBam.
The post “Yang Bukan Bukan Je Dia Ajar” – Andi Bernadee Suruh Artis KPOP, BamBam Sebut ‘Mak Kau Hijau’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments