#Hiburan: Keterlaluan! Individu Kemas Tempat Tidur Gelandangan Bertindak Kasar, Tendang Perut Hingga Tertunduk

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform media sosial yang memaparkan seorang gelandangan warga tua didakwa telah ditendang oleh seorang individu sehingga tertunduk kerana menahan sakit.

Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook di akaunnya dengan mengatakan kejadian itu berlaku di Bukit Bintang sekitar tarikh 14 Januari 2022 pada jam 7 pagi.

Advertisement

Dapat dilihat dalam video yang dimuatnaik itu, beberapa individu mengemas tempat tidur gelandangan yang sarat dengan sampah serta kotak-kotak terpakai yang dijadikan sebagai alas tempat tidur.

Gelandangan tua itu cuba untuk menghalang individu-individu terbabit dari mengemas tempatnya, namun salah seorang dari mereka bertindak kasar dengan menendang perut warga emas tersebut.

Biarpun ramai yang faham tindakan gelandangan itu salah tetapi perilaku individu itu menendangnya dianggap agak keterlaluan dan banyak pihak yang kurang senang apabila menonton video pendek tersebut di Facebook Krul Nizam.

Advertisement
komen facebookSumber : Facebook 

Rata-rata merasakan tindakan tersebut tidak perlu dilakukan dan boleh saja proses pembersihan itu dilakukan dengan cara yang lebih baik dari menyakiti mana-mana pihak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

diva aa lembu bodoh
4 jam lalu

“Macam Lembu Bodoh!” - Diva AA Selar Perarakan #TangkapAzamBaki

The post Keterlaluan! Individu Kemas Tempat Tidur Gelandangan Bertindak Kasar, Tendang Perut Hingga Tertunduk first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments