Pelakon Avaa Vanja dilaporkan telah berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara buat anaknya setelah dia memfailkan tuntutan cerai terhadap bekas suami, Aamil Sulaiman pada 2 Disember tahun lalu.
Lebih menggembirakan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur juga telah membenarkan permohonan injuksi Avaa agar anaknya itu dihalang daripada dibawa bekas suami ke luar negara.
Menurut peguam yang mewakili aktres itu, Nurul Hafidzah dan Zeti Zulkifli, anak guam mereka dan bekas suami telah menjalani proses sulh hadhanah dan sebutan pertama kes cerai mereka pada 28 Disember lalu.
Anak guam memohon agar diberi hak penjagaan, sementara menunggu permohonan hadhanah penuh diputuskan kerana khuatir kebajikan dan akidah anak terabai sekiranya tidak dijaga olehnya.
Avaa juga memfailkan injuksi bagi menghalang anaknya dibawa keluar negara oleh suaminya yang turut mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat.
Difahamkan juga, anak perempuan Avaa yang kini berusia 10 tahun turut mempunyai kewarganegaraan negara itu.
Terdahulu, pelakon Kampung Pisang Bersiri-Siri ada membuat laporan polis mendakwa bekas suaminya itu telah mendera dia dan anak di rumah sekitar bulan Oktober tahun lalu.
Sekadar info, Avaa dan Aamil mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.
The post Bimbang Akidah Terjejas, Avaa Vanjaa Berjaya Halang Bekas Suami Bawa Anak-Anak Ke Luar Negara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments