#Hiburan: Tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Menyeluruh Akan Diadakan – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh pada masa hadapan, lapor Kosmo Online.

Meskipun begitu, kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih ketat berikutan penularan varian baharu COVID-19 iaitu Omicron.

Advertisement

Jelas Hishammuddin, langkah lebih ketat itu termasuklah menyekat pergerakan keluar masuk dari lebih banyak negara jika ia didapati berisiko tinggi.

Sebahagian besar kes jangkitan varian ini di negara kita masih lagi berpunca daripada kepulangan pengembara dari luar negara.

Kerajaan tidak menolak untuk mengambil langkah lebih ketat termasuk menyekat pergerakan keluar dan masuk dari lebih banyak negara jika negara berkenaan didapati berisiko tinggi.

Perkara tersebut diumumkan beliau ketika sidang media khas sempena Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 pada Selasa.

Advertisement

Jelasnya lagi, keputusan untuk tidak mengadakan PKP sekali lagi itu merupakan sebahagian daripada rancangan dan usaha untuk memasuki transisi pandemik ke fasa endemik.

Namun begitu, perubahan fasa itu kini tertunda berikutan kerajaan kini sedang bertungkus lumus memantau penularan varian Omicron serta musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri, baru-baru ini.

Vaksin khas Omicron
17 jam lalu

Vaksin COVID-19 Varian Omicron Bakal Tersedia Sekitar Bulan Mac Ini - Pegawai Eksekutif Pfizer

The post Tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Menyeluruh Akan Diadakan – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments