#Hiburan: (VIDEO) Anjing Peliharaan Mati Dilanggar, Lelaki Nekad Balas Dendam

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menggunakan sebatang besi bertindak memecahkan cermin belakang sebuah kereta jenis Mazda di sebuah kawasan perumahan di Crystal Greek Resindence.

Difahamkan, tindakan lelaki berkenaan bagi membalas dendam kepada pemandu kereta yang telah melanggar anjing peliharaannya sehingga mati.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, dua lelaki berusia 29 dan 44 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung video tular tersebut.

lelaki

Mereka masih disoal siasat dan akan dilepaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil.

Menurut beliau, susulan video tular berdurasi satu minit 40 saat itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 427 dan 323 Kanun Keseksaan.

@goodymy_official

Poor dog tho :( #TrendingNewsMalaysia #tiktokmalaysia #malaysiatiktok #trending #viral #viralvideo #fyp #foryoupage

? original sound – goodymy_official – goodymy_official

Advertisement

Meninjau ruangan komen di video tersebut, rata-rata netizen telah memberi pelbagai reaksi, malah, ada juga yang menyokong tindakan lelaki tersebut.

“Kalau itu anjing saya, saya mungkin akan bertindak seperti itu, haiwan peliharaan adalah keluarga,” tulis seorang netizen.

“Dia sedih, kehilangan haiwan kesayangan sama seperti kehilangan keluarga, tak semua orang faham,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

bukit kayu hitam
52 minit lalu

(VIDEO) Penduduk Cemas, Kejadian Puting Beliung Di Bukit Kayu Hitam

The post (VIDEO) Anjing Peliharaan Mati Dilanggar, Lelaki Nekad Balas Dendam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments