#Hiburan: (VIDEO) Tular Semula, Sidang Media Khairy Jamaluddin Berhubung Dos Penggalak Tahun Lalu

Baru-baru ini tular di laman media sosial, satu video memaparkan sidang media oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung pemberian dos penggalak Covid-19 pada tahun lalu.

Tampil menjelaskan perkara tersebut, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa video tebabit merupakan petikan video lama.

Advertisement

Video tular itu merupakan petikan dari sidang akhbar Khairy Jamaluddin sewaktu meninjau perkhidmatan saringan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 20 September tahun lalu.

kj

Pada waktu itu, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi dos pertama dan dos kedua masih giat dilaksanakan.

Malah, kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa ketika itu adalah 79.6 peratus dan masih belum mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa.

Aktiviti rentas negeri juga masih belum dibenarkan ketika itu, aktiviti keluar masuk negara juga masih dikawal ketat

Advertisement

Jelas KKM, pemberian dos penggalak (booster) secara menyeluruh belum lagi bermula pada September 2021, ketika itu booster hanya diberikan kepada warga emas dan mereka yang ada komorbid dan golongan terdedah risiko jangkitan.

Terdahulu, tular di laman media sosial satu petikan video memaparkan Khairy Jamaluddin yang mengumumkan bahawa dos penggalak hanya diberikan kepada golongan berusia 60 tahun dan ke atas, mereka yang mempunyai komorbid dan yang berisiko mendapat jangkitan.

kemalangan ngeri
2 hari lalu

Kemalangan Ngeri Di Kampung Lebu, Empat Termasuk Tiga Kanak-Kanak Maut Dalam Nahas

The post (VIDEO) Tular Semula, Sidang Media Khairy Jamaluddin Berhubung Dos Penggalak Tahun Lalu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments