Setelah sekian lama memendam perasaannya terhadap kecaman-kecaman dari netizen, akhirnya pelawak Ali Puteh meluahkan segalanya di akaun rasmi Instagram beliau.
Menerusi hantaran yang dibuat, Ali, 33, mencabar orang luar yang masih tidak berpuas hati dengannya untuk bertemu dengan beliau secara hadapan.
Ada netizen yang masih komen benci, meluat, tamak harta, hidup senang dengan harta arwah Abam. ‘Setting’ tempat, beritahu di mana, saya datang jumpa.
View this post on Instagram
Dalam pada menjelaskan hal berkenaan dengan lebih lanjut, adik kepada Allahyarham Abam Bocey itu berkata dirinya bukan mahu riak ataupun takbur dan jauh sekali ingin bergaduh.
Cumanya, dia berharap jika benar mereka inginkan kepastian, datang berjumpa dia depan-depan dan tidak menuduh dirinya secara melulu.
Sebelum ini, tercetus satu kontroversi yang membuatkan Ali dikecam ramai apabila beliau terlibat dalam kemelut yang membabitkan kakak iparnya, Nor Hidayah sehingga memaksanya untuk membawa kes terbabit ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
The post “Setting Tempat Dekat Mana, Saya Datang Jumpa” – Ali Puteh Bengang Masih Dituduh Tamak Harta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments