Keputusan kerajaan menangguhkan perjalanan rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah umrah baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen dan ada yang menyifatkan sebagai double standard.
Ia akan mula berkuatkuasa pada 8 Januari ini atas sebab kes Omicron dikalangan jemaah yang menunaikan umrah kian meningkat.
Hal ini telah menjadi topik utama sejak diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan lagi menaikkan ‘kemarahan’ orang ramai apabila tindakan kerajaan yang masih membenarkan perjalanan ke negara lain seperti United Kingdom dimana negara itu mempunyai kes COVID-19 tertinggi akibat penularan varian Omicron.
Baiklah, umrah dihentikan seketika, saya setuju.
Langkah sama perlu juga dikenakan kepada pengembara yang sesaja gatal nak jalan London sekarang, macam lah London tu nak runtuh sehari dua lagi.
My point is, tak perlu lah unnecessary travel utk suka suki sekarang ni.
— Izwan Azir Saleh ?? (@IzwanAzirSaleh) January 1, 2022
Dalam pada itu, pembaca berita Izwan Azir Saleh turut memberi pandangannya mengenai hal ini, beliau bersetuju sekatan menunaikan umrah dilakukan akan tetapi percutian yang lain seperti ke UK juga perlu ditangguh memandangkan peningkatan kes COVID-19.
Pandangnnya itu dipersetujui ramai pihak yang turut berpendapat kerajaan wajib mengetatkan perjalanan ke mana-mana negara, bukan sahaja ke tanah suci.
Bagaimanapun, Khairy ada memaklumkan di Twitternya penangguhan umrah ini dilaksanakan berdasarkan kes Omicron baharu kebanyakkannya datang dari jemaah umrah.
The post Setuju Umrah Ditangguhkan, Tapi Perjalanan Ke UK Juga Perlu Disekat – Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments