Baru-baru ini tular aktiviti ‘unboxing pengantin’ atau ‘unboxing by husband’ yang menjadi ikutan pasangan pengantin baharu terutamanya di kalangan wanita bertudung di aplikasi TikTok.
Namun begitu, aktiviti itu nampaknya telah mendatangkan respon negatif kerana telah mendapat kecaman dan kritikan yang hebat daripada orang ramai.
Meskipun video yang dimuat naik hanya memaparkan si pengantin lelaki membukakan pin tudung atau mahkota pengantin perempuan, ianya seolah-olah tidak menjaga sensitiviti dan keterlaluan serta tidak sesuai untuk dipamerkan kepada umum.
Perkara tersebut turut mendapat perhatian pendakwah media sosial terkenal, Pencetus Ummah Syed (PU Syed) di mana dia merasakan bahawa kandungan video seperti itu adalah mengarut dna boleh mendatangkan fitnah dalam kalangan masyarakat yang menontonnya.
Isteri itu hak kita..jangan kita kongsikan pada orang lain kecantikan dia, kemanisan dia..semuanya untuk kita sebagai seorang suami.
Kita ada sifat muda, sifat nak cuba belaka..tapi kena patuh juga dengan perintah Allah dan jangan sesekali buat begitu.
Kata PU Syed lagi, perkara seperti itu hendaklah dielakkan kerana tidak mendatangkan faedah kerana ia akan membangkitkan fitnah di kemudian hari.
Menjengah ke ruangan komen Tiktok, netizen berpendapat bahawa ramai pengantin muda zaman sekarang mudah terikut-ikut dengan trend yang tular sehingga memalukan diri sendiri dan keluarga.
“Ramai orang perempuan saya tengok kurang rasa malu muat naik video rakaman ‘unboxing by husband’ di TikTok.” tulis seorang netizen.
“Semua benda nak dirakam, kalau ada orang lain komen dan kecam, awak akan marah pula.” sahut pengguna media sosial yang lain pula.
The post Tular Trend ‘Unboxing Pengantin’ Di TikTok, PU Syed Beri Pesanan Khas Buat Pasangan Suami Isteri Baru Kahwin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments