#Hiburan: Penduduk Kesal Gambar Kg Morten Jadi ‘Pulau’ Viral, Ini Sebabnya..

Umum mengetahui, baru-baru ini tular satu gambar yang memaparkan keadaan Kampung Morten, Melaka menjadi sebuah ‘pulau’ akibat hujan berterusan di negeri tersebut.

Walau bagaimanapun, penduduk disana terutamanya peniaga makanan berasa kesal dengan gambar yang disebarkan itu kerana tidak menggambarkan keadaan yang sebenar.

Advertisement

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Morten Jalina Mahmood, hal tersebut merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana gambar situasi banjir di kawasan itu menyebabkan sektor pelancongan di kawasan sana terjejas.

kg morten tak seperti yang digambarkanSumber : Google  

Bukan semua rumah di perkampungan ini dinaiki air, hanya sebahagian kecil sahaja iaitu yang terletak di kawasan agak rendah.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan kebanyakkan perniaga terjejas dari segi pendapatan kerana pelancong serta pengunjung tidak mahu ke kampung itu terutama pada Ahad lepas dan berkurang hingga ke hari ini.

Pihak Astro Awani menemubual seorang peniaga makanan disana iaitu Amnah Othman, beliau berkata sebelum ini biarpun hujan lebat, pelancong masih datang untuk berjalan-jalan namun setelah tular gambar itu, tiada siapa yang kunjung.

Sebelum ini, difahamkan kejadian banjir di Kampung Morten pada Sabtu lepas berpunca dari fenomena air laut pasang besar dan limpahan air Sungai Melaka berikutan hujan turun berterusa untuk beberapa hari yang lepas.

2 hari lalu

"Jangan Buat Naya Orang Dik" - Pasangan Pengantin Redah Banjir, Kotorkan Baju Sewa Demi 'Photoshoot'?

The post Penduduk Kesal Gambar Kg Morten Jadi ‘Pulau’ Viral, Ini Sebabnya.. first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments