Sebagai anak, kita pastinya akan melakukan apa sahaja untuk membahagiakan kedua ibu-bapa, tidak kiralah dari segi emosi dan wang ringgit.
Namun tidak semua anak mempunyai rasa tanggungjawab yang sama dan membiarkan ibu bapa terabai dan mengharapkan simpati orang lain pula.
Tular di media sosial TikTok Aku Peduli apabila satu rakaman video memaparkan seorang lelaki tua menelefon anaknya meminta sejumlah wang sebanyak RM100 untuk membeli alat bantuan pendengaran yang baru.
Pada mulanya, lelaki tua itu meminta dengan baik namun dibalas dengan herdikan anaknya. Si bapa kemudian mengatakan bahawa Man (nama anak) satu-satunya anak yang ada dan tiada siapa lagi yang dapat membantu dirinya.
Kejadian itu kemudian mendapat perhatian seorang wanita yang memberanikan diri menegur pak cik tersebut dengan mempelawa untuk beri makanan pada mulanya namun ditolak.
Wanita itu kemudian meluahkan hasrat untuk membantu pak cik tersebut dengan memberi wang tunai RM100 bagi keperluan membeli alatan perubatan tersebut.
Pak cik tersebut dilihat terus mengalirkan air mata tanda terharu dengan pertolongan yang ditawarkan oleh orang yang tidak dikenali-nya itu.
Katanya, dia datang ke bandar dengan bantuan jiran tetangga namun dan anaknya pula tidak dapat membantu dari segi wang ringgit bagi urusan perubatannya.
Jelas wanita tersebut, pak cik seolah-olah seperti bapanya sendiri dan berjanji akan membantu bukan sahaja untuk urusan membeli alat bantuan pendengaran yang baharu namun apa sahaja yang diperlukan warga emas pada ketika itu.
Difahamkan, video tersebut merupakan sebuah eksperimen sosial yang dilakukan untuk melihat reaksi orang ramai di tempat awam berdasarkan kejadian-kejadian semasa.
The post (VIDEO) Minta Duit Dekat Anak Tapi Kena Tengking, Tindakan Wanita Ini Raih Pujian Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments