#Hiburan: “Perang Dunia Ketiga..” – Lelaki ‘Syok’ Tengok Gadis Lain Menari, Teman Wanita Cemburu Terus Tampar!

Baru-baru ini, tular sebuah video di platform TikTok dimana ia menunjukkan ‘pertelingkahan’ kecil diantara teman lelaki dan teman wanita di Indonesia.

Difahamkan kerana berasa cemburu, wanita terbabit mengambil tindakan menampar lelaki itu kerana ‘syok’ melihat gadis lain menari di sebuah pusat membeli-belah disana.

Advertisement

Video pendek yang hanya berdurasi lebih kurang 10 saat itu meraih perhatian orang ramai, bukan kerana gadis yang sedang menari itu tetapi kejadian yang berlaku di belakang gadis tersebut.

Selepas insiden tamparan itu berlaku, pasangan terbabit dilihat beredar dari kawasan berkenaan namun, tidak pasti sama ada teman wanita itu betul-betul marah ataupun hanya bergurau-senda.

Advertisement

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengusik lelaki tersebut untuk bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku keatas dirinya kerana melihat gadis lain.

Komen TikTokSumber : TikTok 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Caprice jihad
5 jam lalu

"Tak Habis-Habis" - Caprice Bengang Netizen Asyik Pertikai Perjuangan 'Jihad' Sebelum Ini

The post “Perang Dunia Ketiga..” – Lelaki ‘Syok’ Tengok Gadis Lain Menari, Teman Wanita Cemburu Terus Tampar! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments