#Hiburan: Serik Dengan Kisah Lalu, Zara Zya Pilih Untuk Lebih Berahsia Soal Percintaan

Setelah melalui detik-detik pahit dalam percintaan, pelakon Zara Zya mengakui dia kini memilih untuk menjadi perahsia seandainya satu hari nanti dia memiliki kekasih hati.

Advertisement

Zara atau nama lengkapnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin berkata kepada pihak Kosmo! Online, sebelum ini dia tidak kisah menceritakan hal percintaannya, namun selepas melalui pengalaman putus tunang, dia mengambil keputusan untuk lebih berahsia jika mempunyai teman istimewa.

Selagi saya belum berkahwin, orang akan tertanya-tanya saya dengan siapa (bercinta)? Sebab sekarang saya terlalu berahsia, tidak seperti sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by www.malaysiaprihatin.com (@zarazya)

Dalam pada masa yang sama, pelakon drama Korban Kasih itu turut mengakui dia kini sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga seandainya dipertemukan jodoh yang tepat.

Advertisement

Ketika disoal tentang ciri-ciri lelaki idaman aktres tersebut, beliau berkata tidak terlalu memilih, namun cukup jika jejaka tersebut mempunyai tanggungjawab untuk menjadi suami.

Zara Zya dan Alha Alfa

Sebelum ini, timbul khabar angin bahawa Zara sedang menjalinkan hubungan percintaannya bersama jurusolek dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa, namun dinafikan dan berkata dia hanya selesa berkawan dengan Alha serta banyak menghabiskan masa bersama terutama ketika bekerja.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Serik Dengan Kisah Lalu, Zara Zya Pilih Untuk Lebih Berahsia Soal Percintaan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments