#Hiburan: Selalu Pegang Watak Protagonis, Amar Baharin Akur Dengan Permintaan Penonton

Pelakon Amar Baharin akui teringin untuk lari daripada kebiasaan melakonkan watak protagonis seperti lelaki romantis atau suami orang. Namun sebagai pelakon, dia terpaksa akur dengan permintaan penonton yang selalunya gemarkan naskhah cinta.

Advertisement

Amar atau nama lengkapnya Amar Mohd Baharin berkata majoriti penonton sukakan cerita begitu, kalau tayang genre lain mungkin kurang sambutan. Mungkin kerana faktor air muka yang ‘lembut’ dan tidak bengis membuatkan dia sering diberi watak tipikal.

Amar Baharin

Amar, 36, berkata dia tidak dapat lari daripada watak sebegitu selagi ada orang yang menyukainya.

Nama saya tak mungkin termasuk dalam senarai pelakon aksi sebab industri ada ramai Hero Malaya, tapi saya tak tolak peluang kalau diberi kepercayaan.

Suami kepada pelakon Amyra Rosli itu memaklumkan bahawa dahulu dia pernah juga membuat kelainan dengan membawa watak aksi dalam telefilem Patah Seribu bersama Sharnaaz Ahmad. Michael Ang sahaja yang percaya dan berikan peluang kepadanya untuk melakukan perkara di luar kebiasaan itu.

Advertisement

Pelakon Hati Yang Dikhianati itu melihat industri sekarang masih ada keseimbangan antara Hero baharu dan lama kerana baginya kitaran industri memang begitu, akan ada yang baharu datang bersilih ganti setiap tahun.

Namun, menurut Amar masih ada naskhah yang perlukan orang lebih matang atau berusia untuk bawa sesuatu watak itu. Maka di situ menunjukkan bahawa hero-hero lama tetap relevan.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Selalu Pegang Watak Protagonis, Amar Baharin Akur Dengan Permintaan Penonton first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments